RSS
 

Tawaran Drp Raider Publishing International

25 Jan

17 January 2012 adalah tarikh yang cukup bermakna bagi aku. Kerana pada tarikh ini aku diterima utk menerbitkan buku bersama penerbit antarabangsa, Raider Publishing International yg beribu pejabat di New York, USA. Cita-cita aku utk bergelar sebagai novelis antarabangsa bakal tercipta tidak lama lagi. Sebaik menerima tawaran, aku terus menerimanya setelah berfikir agak lama. Ia satu peluang yg jarang-jarang penulis di Malaysia perolehi. Kerana bukan senang utk berkarya di negara asing spt di US, kerana pemilihan manuskripnya yg agak ketat, tambahan lagi utk terbit buku bersama major book publisher juga payah – kena pakai agent lagi utk submit manuskrip. Jadi tawaran keemasan sebegini tidak patut dilepaskan dan aku telah membuat keputusan yg tepat.Ini juga sebagai a steeping stone bg aku juga.

Hari ini juga (25 January 2012) aku sudah pun membuat bayaran ke New York kpd Raider utk tujuan publication fee. Oleh kerana, penulis sudah menanggung kos utk menerbitkan buku, maka penulis akan mendapat royalti sebanyak 51%. Mengikut perjanjian yg telahpun saya tandatangani, buku saya itu akan dipasarkan ke US, UK, Australia, Canada, South Africa dan di seluruh dunia.

Raider Publishing International adalah sebuah indie publisher dan mempunyai syarikat broadcast dan majalahnya sendiri, iaitu Raider Broadcast Network dan Raider Literary Magazine.

Utk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat itu, sila lawat laman webnya di: http://www.raiderpublishing.com

 

 

 
 

Leave a Reply

 

 
 
  1. muhamad feerdaus

    February 28, 2012 at 12:11 pm

    peluang keemasan berada di depan mata……. mulakan langkah sekarang……..

     
  2. azri

    February 28, 2012 at 12:15 pm

    penulis dengan pesona antarabangsa..hehe..tahniah :)

     
  3. rita

    March 2, 2012 at 6:25 am

    another malaysian step ahead.good job, keep it up! :)