Cahaya berkuasa 1200 lux yang diterangi daripada empat buah lampu limpah dari empat sudut berbeza baru sahaja hendak memulakan acara. Serentak itu, kedengaran suara riuh-rendah memecahkan kesunyian pada hening malam itu. Sorak-sorai bergema beralun-alun daripada para penyokong setia tidak henti-henti memberikan semangat. Keadaan di situ tidak ubah seperti pekikan para peminat yang menantikan kehadiran penyanyi pujaan terkenal tanahair dikonsert-konsert terbesar yang pernah diadakan. Malam itu terus dihangatkan dengan pesta bola, malam yang tidak pernah tidur.
Malam itu juga kaunter-kaunter tiket masih lagi diserbu pengunjung. Pekerja dikaunter telah lama menurunkan papan tanda kecil SOLD OUT untuk mengumumkan kepada orang ramai bahawa tiket pada malam itu telahpun habis dijual. “Hoi! Lain kali tu providelah tiket lebih sikit. Apalah…!” tempik salah seorang pengunjung yang kelihatan sedikit mogok seakan-seakan diminta sepanduknya mendapat perhatian, kerana penatnya belum lagi berbayar sejak terpaksa menunggu berjam-jam lamanya terhimpit ditengah-tengah barisan panjang yang tidak pernah putus-putus. Sudahlah barisan pembeli kelihatan bengkang-bengkok; bertali arus sehingga ada barisan yang terkeluar pada garisan yang telah ditetapkan.
Penonton yang berjam-jam lamanya menanti sejak dari petang tadi sanggup bersesak-sesak dikaunter berebutkan tiket sehinggalah terpaksa berhimpit-himpit pula dicelah-celah kawasan stadium hanya untuk menyaksikan perlawanan Piala FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Jelaslah menunjukkan tidak ada sukan selain bola sepak yang popular di dunia dekad ini. Peminat yang cintakan bola sepak ini seolah-olah suatu keajaiban. Sebiji bola sepak sahaja sudah cukup untuk memikat jutaan penontonnya di seluruh dunia!
Kelihatan beberapa gelagat penyokong lain yang turut sama memberikan harapan kepada pasukan masing-masing yang sudah tentunya tidak akan mengecewakan hati penyokong-penyokongnya yang masih setia menanti berjam-jam lamanya sejak tadi. Ada juga penyokong-penyokong menampilkan kelainan beraksi dengan mengibarkan panji-panji semangat SELANGOR SELAMANYA dan SELANGOR AKAN TERUS HIDUP serta tidak kurang juga para peminat memakai topeng berimej haiwan yang mengerikan. Sesetengah peminat remaja perempuan pula membawa poster-poster gergasi bintang bola sepak pujaan mereka seperti Azrani Ahmad, Ismail Mohd Isa, Asraf Hanafi melonjakkan perasaan ghairah mereka dengan banyak lagi poster-poster lain terpampang dibilik-bilik tidur mereka seperti David Beckham, Ryan Giggs, Robbie Fowler, Francesco Totti, Reberto Carlos, Gaucho Ronaldinho ataupun Raul Gonzalez yang bagaikan berkata-kata memberi ransangan jiwa. Ia mentor yang bertahta dihati yang bergelar peminat setia.
Penantian berjam-jam lamanya dari tadi akan berakhir sebaik sahaja para skuad dari negeri kumpulan masing-masing muncul bertembung lawannya. Apalagi yang ditunggu-tunggu oleh ribuan pemuja di stadium itu bukanlah pemain bola sepak terkenal dunia dari kelab Manchester United, David Beckham. Dan tidak pula Raja Samba, Ronaldo Fuentes pemain terbaik dunia dari negara Brazil akan berentap di gelanggang pertaruhan itu. Tetapi mereka berbangga hanyalah untuk pemain tanahair sendiri seperti Azrani Ahmad, Jovial Johan, Ashraf Hanafi, Ismail Mohd Isa dan lain-lainnya dari skuad terbaik negara Selangor yang telahpun menjulang dan mengangkat martabat Malaysia di persada sukan bola sepak tempatan mahupun antarabangsa. Mungkin juga mereka bakal menggantikan pemain-pemain kebangsaan lain seperti Azman Adnan, Fandi Ahmad mahupun Abbas Saad yang pernah mengukir nama di arena sukan bola sepak tempatan suatu ketika dulu, serta tidak keterlaluan jika dikaitkan setanding dengan pemain handalan dunia lain seperti Eric Cantonna, Kevin Keegan dan Diego Maradona yang cukup digeruni pada masa itu.
Di tengah-tengah ribuan penonton yang bersesak-sesak, suasana keriuhan juga turut dirasai oleh keluargaku yang hadir, begitu istimewanya buat aku, memberikan galakan dan semangat kepadaku yang tidak terhingga. Kelihatan adikku Mira Adia, masih terpaku dibarisan depan kerusi itu. Budak-budak setengah masak yang berimej rap terkini sempat pula silang-menyilang, jual air, jual kacang, jual topeng, jual bendera mini menjadikan peluang ini untuk turut sama mengaut keuntungan.
“Air kotak satu dik,”
“Nak berapa kak? Satu? Dua?”
“Kasi dualah. Adik nak air tak?”
“Alah mak, adik tak nak air kotak. Adik nak bendera tu!”
“Adik, tak payahlah beli bendera tu. Membazir je,”
“Alah mak, adik nak jugak! Adik nak jugak bendera tu!”
“Em.., okeylah dik, kasi air kotak dua dan bendera satu. Berapa semuanya?”
“Semuanya empat ringgit setengah,”
“Topeng! topeng! Bendera mini pun ada! Murah je bang, belilah,”
“Ha ! seringgit je kacang ni, pakcik. Rasalah dulu baru tahu sedap ke tak kacang ni,”
Mira merupakan anak yang paling bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Emaknya memberi lebih perhatian kepadanya selepas kematian abang sulungnya, Allahyarham Rushdan Rahman dua tahun lepas akibat barah tulang dikaki. Abangnya juga mempunyai minat yang sama dan mula berkecimpung dalam bidang sukan bola sepak sejak dibangku sekolah lagi. Bakat luar biasa yang dimiliki oleh abangnya cukup dikagumi oleh rakan-rakan disekolahnya sewaktu berumur sepuluh tahun. Di darjah enam pula dia telah dipanggil untuk menyertai Pasukan Terengganu Bawah 12 tahun. Sejak dari saat itu dia bukan sahaja digelar sebagai ayam tambatan disekolahnya tetapi juga digelar ‘Ronaldo’ oleh rakan sekolahnya kerana corak permainannya menyerupai gaya ala Ronaldo. Bakatnya yang unik itu tidak disia-siakan begitu sahaja. Bakatnya mula berkembang ketika melangkah ke tingkatan satu setelah terpilih bermain untuk Piala Nike Bawah 14 tahun. Kemudian, dia telah diserapkan ke dalam Pasukan Kuala Lumpur Bawah 16 tahun untuk Piala Coke sehinggalah dia dilamar oleh pengurus pasukan Selangor, Datuk Hamzah Omar dan dijemput untuk menyertai pasukan Selangor selepas tertarik dengan persembahannya semasa menyaksikan perlawanan Piala Remaja. Datuk Hamzah yang pada ketika itu menyaksikan persembahannya pada perlawanan tersebut telah bersemuka dan meluahkan hajatnya untuk merisik Rushdan menyertai pasukan Selangor yang sememangnya merupakan skuad kegemarannya selamanya ini, dan pada masa itu dia berasa seolah-olah mimpi menjadi kenyataan. Dia tidak menyangka pencapaiannya akan pergi sebegitu jauh meninggalkan rakan-rakannya yang lain.
“Eh! Mana abang ni mak, ayah? Pasukan Selangor masih tak keluar-keluar lagi? Dah hampir dua jam kita kat sini,” Tanya Mira Adia yang masih tidak sabar menanti.
“Alah! Sabarlah Mira. Kejap lagi keluarlah dia, lima minit sebelum perlawanan bermula,”emaknya Maizurah disisi berasa yakin sambil menenangkan anak kesayangannya itu.
“Tapi mak, sudah berjam-jam kita kat sini. Batang hidungnya pun tak nampak-nampak lagi.”
“Sabarlah Mira. Memanglah Mira tak nampak dia sebab abang aku tu kan pemain simpanan je. Biasanya pemain simpanan disimpan dulu. Abang kau tu akan keluar jugak nanti. Janganlah risau ya sayang, anak mak. Tak elok buat muka masam macam cuka tu. Nanti mak belikan baju Manchester United, ya.”
Semenjak hari itu, kehidupan Rushdan mula berubah setelah meyertai pasukan Red Giants, walaupun dia mempunyai adik yang masih dibangku sekolah menengah, Razif yang tidak kurang hebat sepertinya. Rushdan yang menjadi tunjang utama dan harapan bagi Selangor kerana telah membawa skuad itu memenangi banyak perlawanan dan piala. Dialah juga mendapat perhatian rakan-rakan sepasukannya yang menganggap Rushdan tiada tandingan. Namun pencapaiannya mula merosot apabila diberitahu doktor bahawa dia terpaksa berehat untuk beberapa bulan lamanya setelah mendapat penyakit barah tulang dibahagian kaki kanan yang cukup serius. Pada awalnya, doktor merancang untuk menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada kakinya itu. Tetapi, doktor tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya kerana serpihan tumornya sudah merebak ke seluruh kaki kanannya. Jadi, doktor terpaksa membuat keputusan untuk memotong sahaja kaki kanannya sebelum tumornya itu merebak ke bahagian organ dalamannya yang lain. Belumpun sempat doktor melakukan pembedahan itu, dia telahpun meninggal dunia dan tahun berikutnya lagenda bola sepak, Rushdan Rahman akan tetap terpahat diingatan oleh peminat-peminatnya. Namun bagi Razif, abangnya terlalu istimewa. Dia cukup berbangga mempunyai abang seperti Rushdan walaupun dia tahu banyak rintangan dan cabaran yang bakal ditempuhinya nanti, juga tidak terlepas daripada pengorbanan yang cukup besar untuk memenuhi impian yang sebegitu tinggi. Tetapi, jauh di sudut hatinya dia ingin menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah abangnya suatu hari nanti, dan kini impiannya baru sahaja bermula.
“Ha, tu ha abang, mak! ayah! Perlawanan dah nak mula dah. Tengoklah mak, yah,abang tu. Abang…….! Mira ada kat sini. Sini..sini..Alah mak abang tak nampak kitalah..Abang! Kami semua beri sokongan pada abang.. Tengok ni…!” jerit Mira sambil menunjukkan sepanduk yang berbunyi KEMENANGAN ABANG KEBANGGAAN KAMI SEMUA! Ibu dan ayahnya juga tidak ketinggalan melihat kemunculan anak lelaki tunggalnya beraksi dipadang. Aku begitu terharu. Mira yang sedang asyik bersorakan, disapa oleh Jasrina yang secara kebetulan terserempak sewaktu menonton perlawanan.
“Eh! Rina, macam mana kau boleh cari aku sekarang ni?”
“Aku kat hujung sana tu. Bersebelahan dengan tempat kau je. Kau tak nampak ke? Tu mak, ayah aku pun ada kat sana. Kebetulan pula kau ada kat sini, jadi aku turun sini untuk sama-sama menyokong abang kau,” Jasrina mengukir senyuman. Mira membalas senyuman itu dan menarik tangan Jasrina untuk turut sama berkongsi keriangan.
Dalam suasana stadium yang gamat itu, tanpa disedari kehadiran seorang insan istimewa berada di tengah-tengah tempat duduk stadium itu. Azlinda, buah hati aku yang setia hadir pada setiap perlawanannya itu sedang berdiri memberikan lambaian ke arahku tanda bahawa dia ada di situ. Serayanya dia menyelitkan rambutnya di belakang telinga. Dia yang kulihat tetap murah dengan senyuman. Dan senyuman itulah yang sentiasa membuatkan aku bahagia. Aku juga membalas lambaiannya itu sebaik aku menghampiri bangku simpanan itu.
Seketika suasana di stadium itu menjadi acara kemuncak dengan tepukan gemuruh para penonton dari setiap sudut. Cahaya daripada lampu limpah telah lama menerangi keseluruhan padang dan juga dari sudut yang lain pula cahaya lampu berkuasa tinggi menyuluhi para pemain kesayangan ramai sebaik mereka keluar dari terowong. Kesebelasan Selangor terdiri daripada, Azrani Ahmad, Jovial Johan, Noor Herizal Hakimi, Zaidi Zarulaman, Ashraf Hanafi, Yaser Mohammed, Christopher Wyatt, Ismail Mohd Isa, Ahmad Nazri Misran, Effie Iskandar dan terakhir ialah goalkeeper Lim Boon Keet kelihatan keluar bersama-sama barisan skuad Kuala Lumpur sebelum mengambil posisi masing-masing. Selebihnya pemain-pemain simpanan yang ditempatkan dibangku simpanan adalah seperti Razif Rahman, Hidayat Mohd. Hadi, Aqin Abdullah, Kelana Kassim, Briance Lee, Daxtor Dean, Badrul Badaruddin dan Izwan Asmadi. Di barisan sebelah, kesebelasan Kuala Lumpur pula terdiri daripada Ravi Subramaniam, Zuraini Zainuddin, Faizal Adabi, Mohd Shafiq Raqi Sulaiman, Syahid Jaslan, Christian Kreuk, Tan Cheng Hoo, Azizian Mohd Kamal, Mahzuri Mohdin, Safuan Ali dan penjaga gol, Airel Jeffrey memberikan perhatian. Manakala, Samuel Ridzuan, Haikal Mohd Haris Abdullah, Eugene Wong, Faizol Montana, Firdaus Mohammed dan Alias Ali Mohd Embong pula masing-masing bertindak sebagai pemain simpanan Kuala Lumpur.
Peminat terus memberikan laungan harapan dan para pemain-pemain Selangor pula menghadiahkan lambaian penghargaan sebagai tanda balasan. Pasukan Selangor akan berdepan dengan pasukan tuan rumah Kuala Lumpur. Skuad Kuala Lumpur tidak akan gentar sedikitpun dengan pasukan Red Giants yang sememangnya adalah juara bertahan, dan malam ini menjadi penentuannya.
Pasukan daripada skuad negeri Selangor dan Kuala Lumpur sudahpun membanjiri padang dan dalam pada masa yang sama juga turut melimpahkan perasaan gementar mereka. Pasti saja jantung mula berdebar-debar terasa seolah-olah seluruh tubuh menggigil-gigil. Bukan kerana takutkan pihak lawan yang garang menyinga, tetapi apa yang ditakutkan ialah kerana tidak dapat menembusi jaringan gol!
Menang kalah menjadi pilihan ditangan. Sebelah kanan kejayaan, di sebelah kiri pula kecundang. Sudah tentu aku akan memilih kemenangan. Kemenangan untuk Selangor, kemenangan untuk keluarga, kemenangan untuk maruah bangsa dan negara. Kemenangan untuk semua!
Kini padang bertukar menjadi pentas, bola menjadi pertaruhan, sedangkan pemainnya berusaha mendapatkan ganjaran dan gol menjadi penentuan. Manakala kad kuning dan kad merah sentiasa menghantui; bila-bila masa sahaja boleh menjatuhkan kredebiliti dan peranan setiap pemain yang bertanding pada malam itu. Sebaik wisel ditiupkan, semangat pemain-pemainnya terus dihidupkan.
“Piwettttt………….!”
“Go Selangor! Go Selangor! Go Selangor! Go……..!Go…….! Go………!Golkan impian itu! Golkan………..!”
Semua skuad pasukan masing-masing memberikan mutu persembahan yang memukau pandangan penonton pada pembukaan pertama perlawanan itu. Suara celam-celum kedengaran dari penonton di stadium itu terus memekakkan telinga. Suara yang membingitkan itu adakalanya menunujukkan reaksi yang mencemaskan, kebimbangan, kegelisahan dan kegembiraan setiap kali bola menghampiri pintu gol.
Pada awal pembukaan pertama perlawanan Piala FA, dengan kehadiran ribuan peminat yang sememangnya diramalkan, semua kesebelasan Selangor dan Kuala Lumpur masih meneruskan asakan demi asakan disamping berbekalkan kesungguhan jitu yang sekian lama hilang. Pada awal minit ke-10, menyaksikan persembahan daripada tendangan penalti oleh Mahzuri Mohdin yang diperolehi daripada kesilapan Badrul Badaruddin mengasarinya dalam kotak penalti, berjaya pula dipatahkan oleh Noor Herizal Hakimi setelah bola yang digelecek menyinggahi pada benteng kaki skuad muda itu. Namunpun begitu, persembahan daripada pemain-pemain pasukan Kuala Lumpur lebih mantap dan berpengalaman walaupun skuad Selangor yang digeruni itu sedikitpun tidak terbayangkan kejayaan Selangor meraih juara bertahan tiga kali berturut-turut, sebaliknya mengimpikan sarungan mahkota Piala FA dalam pertarungan berlangsung itu!
Minit seterusnya, Mohd Shafiq Raqi Sulaiman menyusur dengan niat berusaha untuk merampas terus bola daripada kawalan Azrani Ahmad, manakala skuad Selangor pula cuba untuk mengekalkan kedudukan. Gelecekan bola olehnya begitu kemas sebelum tugas seterusnya diserahkan kepada Jovial Johan. Bola berjaya ditampang oleh Jovial sempat pula menyilang kepada Ashraf Hanafi. Beberapa rembatan yang cuba dicuri-curi oleh sepasukan Kuala Lumpur termasuk Tan Cheng Hoo, muncul pula masuk menyisip ke tengah sekadar merembat sipi. Pada masa yang sama, musuh ketat Selangor, Mohd Shafiq Raqi Sulaiman cuba membuat satu serangan mengejut dari arah belakangnya.
Selepas menerima hantaran silang Azrani Ahmad ke kaki Ismail Mohd Isa dan seterusnya menyaksikan destinasi terakhir bola itu menyinggahi benteng kaki Effie Iskandar, Syahid Jaslan pula cuba untuk membuat satu landasan permainan ke arah tiang gol berjaya dirembat deras oleh Zuraini Zainuddin yang menjaga bek depan setelah terlalu lama menyimpan bola. Mimpi yang ingin dicipta oleh Ismail Mohd. Isa mahupun Selangor tidak tercapai sepenuhnya, harapan pula terpaksa digadai walaupun bola hampir ke kawasan gol penentuan. Christian Kreuk pula menjadi tumpuan penonton kerana dapat memecahkan benteng Selangor daripada pemain import Christopher Wyatt dan Azrani Ahmad dalam hanya sepantas kilat. Jaringan gol daripadanya terus saja dinanti-nantikan.
Akan tetapi usaha Christian Kreuk terbantut kerana berjaya diganggu gugat oleh Noor Herizal Hakimi yang bertindak menjaga bek tengah. Usahanya menendang jauh bola ke kaki Ismail Mohd Isa berjaya dihantar tetapi dirampas semula oleh Mohd Shafiq Raqi Sulaiman. Zuraini turut dibantu oleh penyerang tengah berkaliber, Syahid Jaslan dan Tan Cheng Hoo untuk menyudahkan hantaran kepada Azizan Mohd Kamal. Ashraf Hanafi dilihat cuba mengepung Azizan untuk mengelakkan dia daripada menghantar bola kepada rakan terdekatnya, Safuan Ali. Malangnya Ashraf tersilap tafsiran bila Azizan membuat hantaran jauhnya ke kaki Mahzuri Mohdin, sementara Zaidi Zarulaman dan Jovial Johan yang menjaga bahagian kotak penalti, sedang mengatur gerakan mempertahankan kubu Selangor daripada diserang oleh Kuala Lumpur. Setiap gerakan yang diusahakan semakin membakar semangat sebaik memasuki kawasan penalty lawan. Persembahan yang dilakukan itu bukan saja membolehkan Kuala Lumpur terus mara mencapai kemuncak, malah turut mencerahkan peluang mereka untuk memenangi Piala FA pada malam itu. Apapun, Selangor turut mengatur rentak baik sebagaimana persembahan permulaan pada minit ke-18 sebelumnya. Walaupun Azrani Ahmad berjaya membuat tandukan pantas ke dalam jaringan Kuala Lumpur tetapi akibat teruja untuk mendapatkan gol, dia hanya dapat melihat nasib bolanya yang berakhir dengan outside.
Menerima hantaran jauh daripada Zuraini Zainuddin dalam kotak penalti, Tan Cheng Hoo cuba melepasi kawalan rakan sepasukannya Christian Kreuk dan Azizan Mohd Kamal setelah melihatkan cubaan rembatan kencang oleh pihak lawan, Azrani Ahmad; Mohd Shafiq Raqi pula melepaskan rembatan rendah kepada Mahzuri Mohdin apabila hantaran kemas Ashraf Hanafi kepada Noor Herizal Hakimi terkeluar daripada landasan. Azrani Ahmad hampir menyelamatkan pasukan itu dalam serangan pada minit-minit terakhir tetapi rembatannya ditepis melampaui palangnya sendiri dan sekali lagi mengecewakan pasukan Selangor. Akibat kesilapannya itu, Mohd Shafiq Raqi menerima sepakan percuma pada kedudukannya yang sama seperti tadi.
Kemudian minit ke-25, Azrani Ahmad sekali lagi bangkit dengan mengumpan kepada Mohd Shafiq Raqi yang melorongkan baik kepada Zaidi Zarulaman untuk membuat penyudah kepada Ahmad Nazri Misran sambil memperdayakan Syahid Jaslan dan Tan Cheng Hoo yang masih mengawal kedudukan bola daripada pangkuannya. Manakala Christian Kreuk dan Azizan Mohd Kamal memaksa benteng Kuala Lumpur bekerja keras dengan rentetan serangan yang cukup menarik. Zuraini Zainuddin pula mencipta peluang baik apabila bek kiri, Ravi Subramaniam berjaya mencuri bola dari kaki Ahmad Nazri setelah peluang terlepas daripada kawalan Zaidi Zarulaman awal tadi.
Seterusnya bola terus dilarikan ke sebelah kiri tetapi hantaran Ravi Subramaniam lemah tidak sampai kepada penyerang Mahzuri Mohdin. Terlebih dahulu bola diterima baik pada kedudukan Mohd Shafiq Raqi dan seterusnya tiba ke kaki Christian Kreuk. Azrani Ahmad tidak dikawal sebelah kanan, Christian Kreuk membuat umpanan lintang untuk Safuan Ali melakukan tendangan gunting dengan gerakan salto ke gawang, tetapi percubaannya gagal kerana ditepis oleh penjaga gol Selangor, Lim Boon Keet.
Pada minit ke-36, pemain tengah Selangor, Azrani Ahmad itu terus mengawal baik kedudukan supaya tidak terlepas ke tangan lawan, Christian Kreuk, Mohd Shafiq Raqi mahupun Azizan yang sudahpun mengambil langkah berjaga-jaga di hadapan. Azrani berjaya melepasi kepungan kedua-dua pemain tuan rumah itu, tetapi terpaksa berdepan pula dengan Syahid Jaslan yang berusaha untuk merembat kencang bola yang masih lagi kepunyaan Azrani Ahmad. Tan Cheng Hoo terus menguatkan jentera Kuala Lumpur apabila berjaya menyungkit bola daripada simpanan Azrani Ahmad itu membolehkan Azizan Mohd Kamal mendahului untuk membolehkannya melakukan jaringan hasil larian solo sebelum menendang rendah masuk bola dengan cara menyepak bola menggunakan hujung kasut pada tengah bola tepat ke pintu gol. Sekali lagi Azizan Mohd Kamal menjadi perhatian dengan diiringi pekikan nyaring penonton.
“Gol! Gol!!!! Yahooo!!!!!!!!!!!! Gol!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Skuad Kuala Lumpur mendahului lawan hasil jaringan pertama Azizan Mohd Kamal pada minit ke-40 dan sekaligus berjaya memecahkan kebuntuan pada babak pertama perlawanan. Jaringan itu merupakan gol ke-12 sepanjang bersama skuad Kuala Lumpur, diperolehi pada minit yang paling singkat dalam perlawanan penuh dramatik, menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. 1-0 buat hadiah Kuala Lumpur.
Keputusan 1-0 itu juga memastikan kemaraan Kuala Lumpur ke pusingan kedua yang berakhir dengan satu gol, selepas menumpaskan Selangor dalam perlawanan sulung. Kemenangan berkenaan juga memadamkan bayangan Selangor dan menebus dendam lama Kuala Lumpur, yang tewas kepada pasukan itu pada perlawanan Piala Malaysia 1991 yang lalu.
Perlawanan diteruskan selepas masa direhatkan, menyaksikan tentangan yang hebat pada masa kedua bermula. Awal babak kedua pada minit ke-62 pula dikuasai Selangor, apabila Ahmad Nazri Misran membuat pertukaran dengan Daxtor Dean daripada bangku simpanan akibat jatuh pengsan sewaktu masa rehat sebelumnya; menguis bola daripada Christian Kreuk melintang pula kepada Azrani Ahmad selepas meyaksikan hantaran bola itu mudahnya melepasi Syahid Jaslan dan berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan. Masa kedua itu juga turut dimanfaatkan Kuala Lumpur untuk membuat pertukaran pemainnya, Mohd Shafiq Raqi Sulaiman yang terseliuh kakinya ketika bergelut dengan Ismail Mohd Isa awal tadi dengan memasukkan Faizul Montana. Tetapi ternyata percaturan yang dibuat itu tidak mendatangkan sebarang faedah kepada Kuala Lumpur kerana peranan Faizul itu tampaknya tidak lebih sebagai sebuah patung perhiasan di atas padang apabila dia tidak banyak melakukan pergerakan dalam menyerang kubu lawan. Namun, segalanya masih lagi dapat diselamatkan apabila tonggak pertahanan pasukan Kuala Lumpur oleh sekatan pemain Ravi Subramaniam dan Faizal Adabi disebelah bek kanan dan kiri sedang mengatur strategi serangan untuk terus melumpuhkan benteng kekuatan Selangor. Selangor yang mara dengan gerakan lebih berhati-hati dengan setiap gertakan penyerang tengah Azizan Mohd Kamal tetap utuh dan tidak mahu lagi melakukan kesilapan yang sama seperti perlawanan dibabak pertama.
Selain mendapat sokongan padu penyokong-penyokongnya, Selangor yang menguasai permainan pada babak kedua dan memperolehi beberapa peluang menerusi Ismail Mohd Isa selepas Azrani Ahmad membuat hantaran kemas. Selangor kemudian hilang pemain penyerang tengah, selepas Azrani Ahmad mengalami kecederaan di buku lali pada minit ke-69 dan memberi kesempatan kepada Razif Rahman diturunkan. Penyerang tengah, Azrani Ahmad yang sudahpun berstatus bintang selain bergelar sebagai pemain kebangsaan, dia tidak mudah untuk melihat tempatnya digantikan oleh pemain lain. Dia lebih rela meneruskan perlawanan itu dalam keadaan kesakitan jika pemain yang dipilih itu tidak disukainya. Manakala penyerang import dari Australia, Christopher Wyatt menjadi aset terpenting bagi Selangor pada perlawanan itu. Tetapi Razif Rahman, pemain simpanan Selangor itu yang baru beraksi sekitar 16 minit merupakan pemain paling berpotensi. Bagaimanapun bakat baru itu gagal bertindak cemerlang untuk menyekat pergerakan Mohd Shafiq Raqi dan melihatkan kepada persembahannya itu jelas tidak mampu untuk membawa Selangor mara ke hadapan gawang.
Dalam perlawanan yang penuh sengit ini, berbanding pada babak pertama sebelumnya, Selangor nyaris-nyaris mencatatkan keputusan upset apabila tewas tipis kepada pasukan Kuala Lumpur. Perlawanan yang kelihatan akan berakhir dengan seri, apabila Razif Rahman yang masuk menggantikan Azrani Ahmad itu hampir dapat menyumbat gol pertama Selangor sesudah menyempurnakan hantaran silang ketua pasukan Selangor, Ismail Mohd Isa pada minit ke-78. Separuh masa kedua, pasukan Selangor sepatutnya dapat menyumbatkan gol tunggalnya apabila mendapat peluang gol kedua menerusi sepakan percuma oleh Effie Iskandar. Walaubagaimanapun, penjaga gol, Airel Jeffey bertindak cemerlang kerana dapat menepis keluar sepakan tersebut.
Seterusnya, daripada rembatan deras Zaidi Zarulaman kepada pangkuan Ismail Mohd Isa selepas melintasi halangan kedua-dua penyerang tengah Christian Kreuk dan Syahid Jaslan, keadaan menjadi kelam-kabut apabila gelecekan bola terlepas ke dakapan Ravi Subramaniam. Tanpa mendapat bantuan daripada rakan kuatnya seperti Mahzuri Mohdin dan Safuan Ali di depan kotak penalti; larian solonya dengan rembatan penuh berdaya saing oleh Ravi Subramaniam berjaya mendapat posisi tepat dan umpanan cantik dikawasan penalti seterusnya merembat masuk menewaskan penjaga gol Selangor, Lim Boon Keet.
“Gol………………….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Pada minit ke-83 separuh masa kedua yang tamat, Selangor sekali lagi menjadi pemusnah untuk pasukan Kuala Lumpur apabila berjaya menjaringkan gol kedua melalui placing yang begitu cantik. Tendangan penalti oleh Ravi Subramaniam sekaligus menutup tirai perlawanan penuh dramatik dengan 2-0 milik Kuala Lumpur.
SEBELUM sempat mengundurkan diri ke bilik persalinan, aku sempat melemparkan pandangan ke arah tempat duduk stadium. Azlinda yang kucari-cari tiada di situ. Dia terlebih dahulu berundur daripada aku sempat berbuat demikian. Aku tahu dia kecewa kerana aku tidak memperolehi kemenangan untuknya. Aku tahu dia hampa kerana aku tidak dapat menunaikan janji-janjinya. Ternyata itulah yang berlaku setiap kali aku kalah dalam satu-satu perlawanan

