“Saya begitu terharu dengan majlis yang telah diaturkan khas buat saya. Saya benar-benar tidak menjangkakannya. Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga bagi pihak pengurusan yang telah menganjurkan majlis ini. Apalah, yang boleh dibanggakan sangat daripada pemain serba kekurangan seperti saya, tapi apa yang saya boleh janjikan ialah saya akan memberikan yang terbaik untuk skuad tempat tumpah darah saya ini pada musim baru. Pengalaman selama sebulan lebih mewakili
“Alah, kadang-kadang orang yang tak ada title Datuk pun lebih kaya daripada Datuk tu sendiri!” Wartawan di sebelahnya, hanya melepaskan senyuman bersahaja bila mendengarkan kata-katanya itu; tanpa sedar Aaron telahpun menamatkan ucapannya di atas pentas tersebut. “…dan terimalah saya, terimalah Aaron Arman yang baru! Terima kasih!” Serentak itu, Aaron melayangkan tangannya di udara sambil tersenyum buat beberapa kali dengan gaya bermegah; puluhan pancaran kamera wartawan menampan-nampan wajahnya.
Sebaik menamatkan ucapannya itu satu tepukan bergemuruh yang diberikan oleh rakan-rakan sepasukannya serta pegawai-pegawai FAS pada MAJLIS MENYAMBUT KEPULANGAN AARON ARMAN DARI WORLD TOUR DI JERMAN yang diwakilinya bagi skuad Malaysia. Dia adalah di antara 24 pemain daripada 40 pemain muda di bawah 23 tahun dari skuad seluruh negara yang terpilih bagi menyertai perlawanan persahabatan itu. Selain Jerman, penyertaan pertamanya itu telah menyaksikan skuad negara bertemu dengan pasukan-pasukan terkuat lain seperti Brazil, Switzerland, Poland dan beberapa negara dari Amerika Utara selama sebulan. Majlis itu turut dirasmikan oleh ayahnya sendiri, Encik Arman bin Aziz yang mengaturkan sepenuhnya majlis yang diadakan khas untuk anak kesayangannya yang baru kembali dari Jerman. Ucapan tahniah tidak putus-putus dilontarkan kerana berjaya menamatkan World Tour dengan sempurna dan ada juga yang melepaskan pelukan tanda kerinduan yang tidak terubat sejak ketiadaannya itu.
“Tahniah dan selamat kembali pada skuad hometown kau, Aaron. Wah! kau nampaknya dah semakin kurus sekarang. Tahniah sekali lagi daripada aku, Aaron,”
“Terima kasih, Ismail. Akupun memang dah lama rindu untuk bermain dalam skuad ni. Macamlah aku ni dah lupakan kau orang semua. Tapi aku takutkan kau orang je yang lupakan aku. Maklumlah, dah lama merantau negeri orang dan sudah tiba masanya aku pulang semula ke skuad negeri kelahiran aku ni,” Zaidi hanya tersenyum dan lalu memeluk erat Aaron. Di sebalik kerlipan cahaya kamera, datang pula Razif ke arah mereka berdua.
“Hi, tahniah dan selamat kembali dalam pasukan Selangor,” Razif menghulur tangannya tanpa banyak bercakap. Tergamam seketika. Lalu Ismail yang menyedarinya, mencelah.
“Oh, Aaron. Aku lupa nak kenalkan kau pemain baru dalam pasukan kita. Aaron, kenalkan ni Razif…Razif Rahman. Takkan kau tak kenal Razif? Adik kepada bintang lagenda Rushdan Rahman. Abangnya dulu pernah main dalam pasukan kita,”
“Oh…..! Rushdan. Oh ya! Ya! Ya! Tapi aku cuma kenal abang dia je. Oh, jadi kaulah adiknya. Tak sangka, ya, Rushdan pun ada adik yang hebat macam kau. Tak sangka kau juga mengikut jejak langkah abang kau. Kalau kau nak tahu abang kau dulu kawan rapat dengan aku tau. Abang kau tu memang kaki buli dulu. Dia pernah tumbuk muka aku sampai berdarah sebab aku buat dia terjatuh masa latihan dulu,” Aaron membentuk senyuman kecil dan lantas menyambung semula perbualan. “Tapi itu cerita lama. Walaupun dia dah tak ada, abang kau tetap idola aku sampai sekarang. Abang kau mesti berbangga dengan kau kalau dia masih hidup lagi sekarang, kan?” Aaron mencapai gelas minuman yang berisi jus oren lalu meneguknya.
“Sebenarnya Aaron, abang kau adalah idola aku jugak. Abang aku ada jugak cakap yang kau adalah seorang pemain yang cukup disegani dan banyak pengalaman. Aku pula masih perlu banyak lagi belajar untuk pergi lebih jauh dalam bidang ni. Aku perlu belajar dan menimba seberapa banyak pengalaman lebih-lebih lagi dengan orang seperti kau dan kesempatan ini tidak akan aku sia-siakan,”
“Oh, aku tak tahulah pulak yang abang akupun ada peminat jugak, ya. Tapi jangan bimbang Razif aku akan cuba sedaya-upaya untuk curahkan segala apa yang aku ada pada kau. Jadi, kau sekarang main untuk posisi apa?”
“Aku sekarang main untuk posisi sayap kiri,” tersentak Aaron mendengarnya. Keningnya sedikit terangkat. Posisi permainan kegemarannya yang pernah dikendalikannya sebelum ini. Bila masa pula dia layak memegang posisi pertahanan tersebut. Sedang asyik berbual-bual, datang pula sepasukan wartawan dan jurugambar ke arah Aaron untuk menanyakan soalan dan merakamkan gambar. Aaron tidak pula menolak malah bersedia untuk ditemuramah walaupun sibuk meluangkan masa berbual-bual bersama rakan-rakannya yang lain. Aku pula menghambat ke meja makan untuk menjamu juadah yang disediakan. Belumpun sempat untuk mengambil makanan, telefon selularku berbunyi. Dengan pantasnya aku meraba-raba kocek seluarku lalu menjawabnya. Panggilan daripada Lin.
“Hai, dah lupa ke date kita hari ni wahai Mr. David Beckham?” Tanpa memberi salam aku serta-merta terbatu dengan pertanyaan jenakanya itu. Terus saja mengingatkan aku pada janji-janji yang aku lafazkan semalam.
“Sorrylah sayang, I ada function sekarang ni. I rasa I tak sempatlah nak berkejar ke KL. You lunch lah dulu. Jangan tunggu I, okey? Kita lunch lain kali jelah,”
“I dah agak dah itu alasan you. I tahu sebab you sekarang tengah sibuk having lunch sampai tak ingat orang kat sini, kan? You pakai baju long sleeve warna biru dan berseluar hitam. Dan sekarang ni you tengah nak ceduk makanan,” Aku terpana seketika. Memandang sekeliling dan tercari-cari.
“Macam mana you boleh tahu? You dah ada kat sini sekarang, ya?”
“Tak payahlah you cari I. Kita nampak dia, tapi dia pulak yang tak nampak kita,”
“Betul, I memang tak nampak, sayang. Ramai sangat orang ni,”
“I..I..I kat belakang you je,” Sebaik memusingkan badan ke belakang, baru ku dapat mengesan kehadirannya itu. Dia yang berpakaian kemas seperti ke pejabat sedang bersandar pada dinding dan berada paling hujung dengan pintu masuk utama dewan tersebut. Melambai-lambai lemah tangannya ke arah aku lalu tersenyum. Walaupun aku sudah tahu kedudukannya itu tetapi talian perbualan kami masih belum diputuskan.
“Ya, ya. I just found you,”
“Eleh, itupun I yang bagi tahu. Kalau tidak you tak dapat pun cari I,”
“Ini bukannya permainan hide and seek, okey? Kalau main hide and seek sekalipun I harapkan dapat cari you dalam keadaan yang tak terduga,”
“Dalam keadaan yang tak terduga macam mana tu?” Lin
“Yalah, contohnya dalam keadaan yang I boleh carinya sendiri,”
“Jadi kalau macam tu you tak akan dapat cari I sampai bila-bilapun,”
“Kenapa you cakap macam tu? You jangan cabar I. You jangan ingat you menghilang tiba-tiba I tak dapat cari you? I tetap akan jumpa you walau berilusi sekalipun,”
“Tak adalah, you
“Well, kalau begitu nampaknya I terpaksa putuskannya sekarang ni,”
“Ha? Apa? Putuskan apa?” Lin tercengang dan terpinga-pinga.
“Yalah, putuskan talian ni. Sayang, you dah bercakap tak henti-henti daripada tadi dan since you dah ada kat sini why don’t you come here and then we will talk, okey?” Kejutnya reda, menggumpal pula nafas lega.
“You ni, buat terkejutkan I je. Okey, okeylah, I datang sekarang ni,” Sebaik mematikan talian, lalu dia menghambat dirinya ke arah bertentangan denganku. Tapi belum sempat dia menghampiriku, sekumpulan wartawan datang dengan dihujani soalan-soalan dan kerlipan cahaya kamera. Silaunya mata yang hampir-hampir memeritkan kornea mata. Dalam keadaan yang tidak berapa jelas itu, aku cuba meloloskan diri daripada kepungan wartawan-wartawan tersebut. Tercari-cari Lin. Lin sudahpun hilang daripada pandangan aku. Dia ghaib entah ke mana. Ternyata, perbualan kami itu sememangnya terputus di tengah jalan. Terputus di tengah-tengah desakan dan kerumunan wartawan tanpa sempat mengatur pertemuan. Apa sudah jadi dengan keyakinan aku bahawa aku tetap berjaya menemuinya sedangkan aku sudahpun awal-awal kehilangannya?
SEMALAM, dua jawatankuasa berasingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman berbeza ketika pasukan itu masih terasa luka selepas impian Selangor mengejar gelaran Piala Presiden ini hancur Selasa lalu. Pertama, Jawatankuasa Tatatertib FAM, yang dipengerusikan oleh Datuk Khelmi bin Rausi mengenakan denda RM4,000 ke atas Selangor kerana tindakan seorang pemainnya, Nor Herizal Hakimi yang membelasah penyokongnya selepas tamat perlawanan. Ia berlaku selepas perlawanan Selangor menentang Kedah di Stadium Darulaman yang berkesudahan pasukan tuan rumah menang 1-0. Walaupun lakonan penonton tempatan itu dipercayai terbitnya rasa marah atas persembahan sumbang pasukan mereka ketika itu, tapi bagi FAM tetap menyalahkan pihak persatuan atas kegagalan dari segi langkah keselamatan. Namun, denda seumpama ini tampak satu angka yang kecil ketika FAM sering mengulangi teguran agar insiden pemain yang bertindak agresif terhadap penontonnya sendiri harus dibendung segera agar ia tidak berulang dalam bola sepak tanahair.
Apapun, sejurus selepas mesyuarat kedua jawatankuasa displin hari ini, aku dipanggil ke pejabat secara mengejut. Jawatankuasa Status Pemain (PSC) telah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) membayar Razif Rahman sebanyak RM47,100 yang telah diwasiatkan sebagai mewakili pewaris tunggal kepada arwah abangku, Allahyarham Rushdan Rahman sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian yang membabitkan bonus perlawanan yang tertangguh dari tahun 1992 hingga 1995. Jika dia terasa ceria apabila kantungnya akan bertambah kelak, namun nasib seorang lagi rakan sepasukannya, Azrani Ahmad pula tampak berlawanan. Selepas disemak kes pemain berkenaan, didapati FAS sudah terlebih membayar bonus kepadanya sebanyak RM35,000 tahun lalu dan kemungkinan dia perlu memulangkan angka yang lebih itu kepada majikannya. Ini adalah kes pertama yang menyaksikan pemain terpaksa membayar semula kepada majikan ketika jawatankuasa berkenaan sebelum ini tidak pernah gagal dalam membela nasib pemain yang mengadu soal kebajikan mereka.
“Azrani, seperti yang sedia maklum, awak pun tahu bahawa mesyuarat semalam telah memutuskan supaya awak memulangkan wang lebihan bonus itu kepada pihak kami semula. Harap awak dapat selesaikan dalam masa yang terdekat ini. Kami amat berdukacita dan pihak kami juga meminta maaf di atas kesilapan ini. Harap awak dapat jelaskan dengan secepat mungkin kalau awak tidak mahu melihat perkara ni menjadi lebih rumit. Awak juga tentu tidak mahu nama baik awak tercemar, kan?” Encik Fariz melayangkan sepucuk surat berkenaan perkara tersebut di hadapan Azrani. Tetapi dia kelihatan berat hati untuk mencapai surat yang ada di atas meja itu, apatah lagi dibacanya.
“Tapi Encik Fariz, saya dah gunakan semua duit tu. Macam mana saya nak bayar balik nanti? Tak ke ia menyusahkan saya? Kesilapan ni berpunca daripada pihak tuan, dan bukannya saya!”
“Memang ia silap pihak kami. Tapi mengikut prosedur yang ada, jika kes ini berlaku pemain harus memulangkannya semula wang tu kembali kepada majikan dengan apa jua cara sekalipun. Itu awak terpaksa fikirkan sendiri bagaimana caranya untuk awak dapatkan semula wang yang telah awak belanjakan itu. Jika tidak, gaji awak akan ditahan dan awak juga tidak akan mendapat bonus untuk musim ini!” jelas Encik Fariz dengan nada yang kuat. Hembusan nafasnya dapat dirasa ke muka. Mahu tidak mahu Azrani terpaksa jua menyambut surat itu di atas meja lalu bergegas keluar. Tapi yang nyatanya, dia keluar dengan rasa marah yang begitu mencengkam diri.
Azrani memang terkenal dengan tabiatnya yang sering berpindah kelab dan pasukan sukar untuk dikikis. Dulu, sebelum bermain dengan skuad Selangor sudah banyak pengalaman yang dikumpul dari penghijrahannya itu. Dari sebuah kelab yang kecil seperti Kelab Polis dia bermain untuk merebut Piala Razak pada tahun 1991. Dari Kelab DBKL dia berpindah pula ke MPPJ. Di kelab PKNS kontraknya hanya sempat setahun kerana kes dia bertumbuk dengan jurulatih, Mustapha Rosidin yang telah menggugurkannya dari menyertai Piala Dunhill di atas sebab-sebab masalah displin. Di kelab MPPJ dia tidak bertahan lama dan bertukar pula ke kelab Majlis Perbadanan Selayang kerana tidak berminat meneruskan kontrak baru bersama kelab tersebut.
Dua tahun bersama Majlis Perbandaran Selayang dia berpindah ke pasukan Kuala Lumpur setelah dilamar oleh Mohadi bin Saadon. Sewaktu itu, dia menjadi perhatian peminat kerana kebanyakan pemain-pemain Kuala Lumpur merupakan national player pada masa itu. Pasukan Kuala Lumpur dikenali kerana sering menjuarai Piala Sumbangsih, Piala FAM mahupun Piala Malaysia serta sering mewakili Malaysia untuk menyertai perlawanan-perlawanan di luar negara. Sepanjang bersama skuad itu, dia pernah beraksi untuk kelab-kelab terkenal dunia seperti Chelsea, Manchester United, Brazil, Norwich City dan Birmingham City. Walaupun begitu serasi dengan pasukan Kuala Lumpur, namun dia tetap bertukar ke skuad lain. Dari Kuala Lumpur dia pernah dibeli oleh Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Johor dan terbaru Selangor dengan kontraknya yang hampir mencecah ribuan ringgit. Egonya semakin tinggi dan dia dikenali dikalangan rakan-rakannya dan juga peminat bola sepak di Malaysia khususnya sebagai seorang yang suka demand bila ada pihak dari pasukan lain yang ingin membelinya. Belum lagi selesai hutang dendanya dengan pasukan Johor akibat penghijrahannya ke skuad Selangor sebelum tamat kontrak, kini nasibnya bertambah buruk dengan masalah barunya itu.
“Azrani, apa hal? Dia orang tu nak apa?” tanya Effie yang memerhatikannya sebaik keluar dari pejabat tersebut.
“Tak ada apa-apalah. Pasal bonus tahun lepas. Silap mereka aku pulak yang jadi mangsa. Huh! tak tahulah mana aku nak cari duit sebanyak tu,” Azrani mengeluh panjang. Risaunya semakin lebar. Surat ditangannya itu masih direnungnya.
“Berapa banyak?”
“Em…tiga puluh ribu ringgit,”
“Apa? Tiga puluh ribu?”
“Iya. Gaji aku masih belum cukup untuk bayar hutang sebanyak ni,”
“Kau boleh tolong aku tak?”
“Tolong apa?”
“Bagi aku pinjam duit sikit. Boleh tak?”
“Sorry…sorry..Azrani aku sendiripun nak tanggung anak isteri aku pun tak lepas. Gaji aku pun bukannya banyak manapun. Lainlah macam kau. Kau dah bergelar bintang kebangsaan pun masih lagi tak cukup? Ini kan aku? Bukannya aku tak tahu perangai kau tu, kuat sangat berhutang dengan orang. Dan akhirnya tengok apa jadi?”
“Tak apalah, Effie. Kalau kau tak boleh tolong tak apa. Terima kasihlah. Aku pergi dulu,” Azrani terus beredar meninggalkan Effie. Dia langsung tidak mempedulikan lagi reaksi Effie di belakangnya kerana begitu kusut dengan masalahnya itu.
SEMENTARA ITU, di satu tempat yang agak terlindung di sebuah restoran First Cup Cafe, kelihatan Azlinda dan kawan sepejabatnya, Zura sedang menikmati makanan. Azlinda jelas tidak berselera untuk makan pada tengahari itu. Dibuat-buat jamah sahaja makanan itu dan lalu meninggalkan sudu dan garfu di tepi pinggan.
“Lin, kenapa dengan kau ni? Kau ada masalah ke?”
“Tak adalah, Zura. Aku okey je,”
“Kenapa kau gaduh dengan Razif lagi ke? Tak habis-habis masalah cinta kau tu. Tak elok difikirkan sangat. Kalau difikirkan sangat nanti boleh memakan diri. Kaupun fahamkan Razif tu bintang bola sepak, kan? Nasib baik kaupun dalam bidang yang sama. Lagi senang, kan?”
“Itu aku memang dah faham. Tapi dia juga harus luangkan masa untuk hubungan peribadi juga. Takkan hubungan profesional je yang nak dipentingkan. Kau tahu tak aku ni dah banyak mengalah tau. Kalau kau nak tahu dalam hubungan kami cuma sebulan dua kali je kita orang boleh jumpa. Saat yang paling memorable itu pun hanya candle light dinner. Jangan kata nak bincang pasal persiapan perkahwinan tahun ni, sibuk memanjang sampaikan tak sempat nak tengok gaun perkahwinan aku, kau tahu tak?”
“Candle light dinner? Okeylah tu. Sekurang-kurangnya kau masih sempat untuk bersama dengan dia,”
“Zura…please. I’m serious, okey?” Lin tertunduk ke bawah sejenak. Beberapa minit kemudian dia menyambung semula. “Minggu lepas, aku ke butik seorang diri. Nak cuba gaun pengantin. Bila aku lihat diri aku ke dalam cermin, aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri samada aku gembira atau tidak bila pakai gaun tu. Gaun tu memang cantik. Tapi..tapi aku tak rasa apa-apa pun bila pakai gaun tu. Kau tahu apa maksudnya, Zura?” Zura terbatu seketika. Lalu dibiarkan kawannya itu menghabiskan ayat terakhirnya itu. “Itu maknanya aku tak ada perasaan gembira langsung bila memakai gaun tu. Seolah-olah gaun tu tak serasi dengan aku,”
“Mungkin kau yang terlalu emosi, Lin,”
“Aku yang terlalu emosi atau Razif yang tak ada emosi? Lelaki cuma beremosi bila tiba bab perlawanan bola. Itu je yang dia tahu dia tahu kan? Bola, bola, bola. Habis emosi aku, perasaan aku ni ada dia peduli?”
“Aku rasa tak perlulah kau panjangkan lagi masalah kau tu. Kita ni perempuan. Kita memang dilahirkan beremosi. Kadang-kadang tu kita kena lawan emosi kita tu supaya tidak akan merosakkan keadaan sediakala. Aku percaya kau masih ada banyak masa untuk bincang pasal perkahwinan kau tu nanti. Jangan terlalu terburu-buru, okey? Nanti karang apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kau tentu tak nak kehilangan dia, bukan?”
“Bukan aku yang tak nak kehilangan dia, tapi dia yang sanggup kehilangan aku daripada kehilangan bola kesayangannya tu, bukan?” Soalan yang menerjahnya terasa tercabar pula. Tapi Zura dengan bijak menepisnya.
“Lin, bola dan lelaki memang tidak dapat dipisahkan. Kita mesti tahu tu. Tapi percayalah kata aku kalau dia betul-betul sayangkan kau, dia akan tahu kat mana nak cari kau bila dia habis bermain nanti, sebab aku percaya tidak ada apa yang lebih bermakna bagi dirinya selain daripada diri kau yang kuat menyokong disisinya,” senyum Zura tenang. Walaupun senyuman Lin kelihatan menguncup ketika itu, tetapi digagahnya juga untuk menguntum mekar dibibirnya.
(bersambung…Rabu 12.12.2007)

