Di suatu pojok yang agak terlindung di Biba’s Cafe, Hotel Mandarin Oriental kelihatan Razif dan tunangnya Azlinda sedang menjamu selera dengan hidangan makanan yang telah dipesan. Meja kami berada paling hujung dengan tingkap yang membolehkan kami menikmati view menembusinya. Pemandangan luar tampak sejuk dengan pokok-pokok malar menghijau. Makanan yang dipesan aku ala-western, cukup ringkas dengan spaghetti bolognese dan jus oren segar manakala Lin pula memilih chicken chop dan milkshakes campuran susu dan lassi. Semua menu yang dipesan menjadi citarasa biasa bagi pasangan yang keluar dating.
“Zif, I harap you dapat teruskan cita-cita untuk memenangi perlawanaan Sumbangsih dan Piala Malaysia tanpa bantuan Irfan tu. I juga turut bersedih di atas apa yang berlaku terhadap pasukan you. Dengar khabar, skuad you akan dapat jurulatih baru. Dah dapat ke belum? Apa berita terbaru?” Lin bertanya sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Sesekali dibiarkan sudu dan garfunya berlaga.
“You nak dengar berita baik ke berita buruk?”
“Ha?” Lin tercengang. Dia mengedutkan dahinya sambil menguyah-ngunyah makanan di dalam mulutnya.
“Pertama, berita baiknya ialah…sekarang ni skuad I dah ada jurulatih baru yang berbakat tinggi. Ismail Zulkarnain namanya. Dia yang gantikan Irfan. Sejak kejadian tempoh hari tu, Irfan sudahpun dilucutkan jawatannya bila Aaron tu bawa kes ni ke atas. Dengan hanya mengemukakan satu surat sahaja dia dah boleh keluar dari Selangor. Lagipun dia ada orang dalam. Ayahnya sendiri pengurus pasukan FAS. Alasannya dia tidak berpuas hati dengan cara pengurusan Irfan. Aaron terlebih dahulu bertindak. Dia memang tegas orangnya sama seperti abangnya jugak. Dia akan buat apa sahaja asalkan kehendaknya tercapai. Macam mana benda ni tak berlarutan kalau masalah politik dalaman tak selesai?”
“Ini bukannya setakat masalah politik dalaman je, Zif. Ini juga tentang kuasa. Dengan kuasa mereka boleh buat apa saja! Kesian Irfan tu kan? Baru tak sampai sebulan jadi jurulatih dah kena buang. Aaron tu pun tak patut buat dia macam tu,”
“Biarlah. Malas nak masuk campur hal dia orang. Betul cakap you tu. Dia orang tu bukan saja gila bola, tapi gila kuasa. Nanti silap haribulan I pun kena buang nanti,”
“Harap semua masalah tu tak mengganggu konsentrasi you dalam perlawanan Malaysia yang akan menjelang tak lama lagi. Dan yang paling penting you jangan lepaskan peluang keemasan yang ada, cuba seberapa yang you boleh, Zif,”
“I hargai segala harapan dan nasihat you. Tapi.., I tak berani nak letakkan jaminan yang tinggi bahawa pasukan I tu boleh menang semua perlawanan dalam masa terdekat ni. I tak boleh over confidence sangat…,”
“Over confidence tak apa. Tapi jangan over acting sudahlah,” senyumannya terukir dibibir.
“Harap-harap taklah.” Aku masih mengunyah-ngunyah pantas, lalu menyambung semula perbualan. “Dan berita yang kedua pula ialah…Kapten Halim Abdul Hamid dari FAM baru sahaja terpilih bagi mengadili kejohanan Piala Dunia tahun ini di Perancis. Dan kalau you nak tahu, dia telah muncul satu-satunya pengadil dari Asia yang terpilih menyertai pada kejohanan terbesar dunia itu tau,”
“I ada jugak dengar khabar angin tentang tu. Tapi ia taklah mengejutkan I sebab sebelum dia terpilih, Mohd. Nazri Abdullah yang terlebih dahulu dicalonkan sebagai pengadil FIFA pada pusingan akhir Piala Dunia tu. Apa yang I jangka waktu tu ialah kemungkinan besar Kapten Halim tu lebih mendominasi peluang tersebut. I tak nampak lagi sesiapa selain dia yang layak mengendalikan tanggungjawab yang cukup besar tu,”
“Ya, bagi I pemilihannya itu bukan sahaja dapat dibanggakan tetapi juga dianggap satu pengiktirafan tertinggi terhadap mutu pengadilan tempatan pada peringkat antarabangsa,”
“Ya, ya I akui tu. Dan tu semua tak pula menghairankan I. Tapi yang menghairankan I ialah…jika semua ni berita baik, mana pula berita buruknya?”
“Oh…berita buruk? Tak ada berita buruk langsung. Semuanya berita baik. Kenapa you nak expect berita buruk pulak?” Lin buat-buat tersengih sehingga menampakkan giginya yang putih; mengunyah-ngunyah pula, berhenti dan meletak baik sudu dan garfunya di atas pinggan sebelum menyambung perbualan yang hampir tergendala tadi. Tetapi perbualan kali ini telah berubah topik yang lain.
“So, dengar cerita you dah dapat duit wasiat arwah abang you. Apa yang you nak buat dengan duit sebanyak tu?”
“Tengoklah. I rasa I nak melabur dulu duit tu,”
“Ha? You nak simpan je duit tu?”
“I simpan duit tu bukan simpan saja. I simpan duit tu dengan simpan satu impian. Selain impian I untuk menang Piala Malaysia tu, I berhasrat untuk tubuhkan satu akedemi bola sepak di Malaysia. Atau kelab bola sepak ke. Manalah tahu satu hari nanti, wujud satu perlawanan baru untuk meraih Piala Rushdan pulak!” Gelak aku sambil menyambung makan.
“Wah, tingginya impian you. Baiklah, apa kata kita ketepikan dulu impian you tu. Kita tumpukan impian yang lebih penting daripada tu sekarang ni. You dengar sini, Razif. I begitu yakin pasukan you boleh menang semua perlawanaan tu termasuk Piala Malaysia jika you ada keazaman dan berusaha dengan gigih. You perlu yakin dengan diri you sendiri bahawa you boleh menang semua perlawanan tu dengan seluruh jiwa dan raga you. Tidak ada mustahilnya di dunia ini, jika you mempunyai keyakinan yang teguh, ia pasti membuahkan hasilnya nanti. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. You boleh lakukannya, tapi you tak cuba untuk buktikannya,” nasihatnya seperti seorang kaunselor yang bertauliah pula.
“I selalu buktikannya setiap hari. Dan I tahu you selalu menyokong I. Dan I tahu you juga selalu mendoakan kejayaan I. Tapi dengan masalah yang dihadapi oleh skuad I sekarang ini, I tak pasti macam mana keadaannya nanti. Seolah-olah Selangor perlukan keajaiban untuk menang dalam Piala Malaysia tu nanti. Dan you sememangnya tak nafikan pasal perkara tu bukan?”
“Memang I tak nafikan. Tapi jangan jadikan semua masalah tu sebagai penghalang kejayaan you. I percaya jika semua masalah tu dah reda, pasukan you akan tetap menyertai perlawanan tu. Dan I nak you janji dengan I bahawa you mesti dapat hadiahkan I satu jaringan gol kemenangan pada perlawanan tu nanti, ya!”
“Hmm…Okey, dan you jugak janji untuk datang sorakkan kemenangan I tu nanti. Ingat! Jangan sampai kalah sorak,”
“Biar kalah sorak jangan kampung tergadai,” kata-katanya itu mematikan topik perbualan tersebut. Aku mendiamkan diri seketika. Wajah keruh mempamerkan perasaan yang kurang yakin untuk memenuhi hasrat yang setinggi gunung itu. Akupun menyambung semula makanan yang lama terhidang di atas meja. Melihatkan aku terdiam, dia pun membuka halaman perbincangan lain. Jika dibicarakan lagi, kelak akan membosankan.
“Zif, bila you nak bawa I jumpa dengan parents you?” You cakap dalam minggu ni?”
“Well. Soalan yang baik. Lepas ni you ikut I, okey?”
“Ha? Jumpa parents you? Bila? Eh..takkan I nak pergi dengan pakai macam ni jumpa orang tua you? Tak naklah tergesa-gesa nanti…”
“Bukan jumpa parents Ilah. I nak bawa you pergi ke tempat yang istimewa,”
“Ha? Ke mana?” Lin memerhatikan sahaja ke arah aku. Wajahnya berkerut-kerut menimbulkan corak didahinya.
“Alah you ikut jelah. Janganlah banyak soal. Kalau you nak I penuhkan impian you, I akan tunjukkan impian I yang sebenarnya pada you dulu. Okey?” Akupun dengan pantasnya menyambar tangannya lalu menariknya pergi dari situ.
“Okey, tapi tu berita baik ke berita buruk?” Lin hanya terpinga-pinga kehairanan. Walaupun karenah Lin banyak mengomel, tetapi dia tetap mengikut sahaja rentak perangai Razif yang agak pelik itu.
SETELAH berjam-jam lamanya terperangkap dalam deretan beribu-ribu kenderaan sepanjang lebuhraya itu, kini destinasi yang dituju telahpun sampai. Malam sudah lama berlarutan, dibalut pula kesunyian di kawasan perbukitan pada aras tinggi. Keadaan di atas sana terasa sungguh sepi, lari daripada kesibukan di ibukota yang hiruk-piruk, yang seringkali menegangkan fikiran; jauh sekali berdepan dengan keadaan udara yang berdebu dan asap kenderaan yang berkepul-kepul yang menyesakkan pernafasan. Nyamannya bayu malam menyapa lembut ke muka. Sesekali daun-daun kering bergeseran terbang di udara ditiup angin lembut. Kelihatan ribuan kerlipan bintang menghiasi langit kelam. Bangunan pencakar langit yang kelihatan hanyalah bangunan berkembar Petronas dan yang dikatakan tertinggi di dunia ketika ini masih gah berdiri dengan megahnya menghiasi panorama di Kuala Lumpur itu. Nun di bawah sana pula, ribuan kerlipan neon Kuala Lumpur begitu mengindahkan suasana malam.
“Di sini tempatnya yang you nak tunjukkan pada I? I tengok tak ada pun yang istimewanya?”
“Eh..tempat ni begitu istimewa buat I. Semua orang ada kenangan dan inilah kenangan I kalau you nak tahu. Banyak rahsia tersimpan di sini…” Terdiam. Pandangan dibuang jauh ke arah langit yang bertaburan bintang. “…I masih ingat lagi sewaktu di zaman remaja I sering datang ke sini sejak berpindah dua tahun yang lalu,”
“Apa tujuan you datang ke sini?”
“Sejak kematian abang, semua kenangan I abadikannya di sini. Sejak keluarga I berpindah ke sini tiga yang lalu, I sering bersendirian di sini. Semenjak ketiadaannya I rasa hidup I masa tu begitu sunyi dan tidak ada apa-apa yang boleh menemani I buat masa tu. Jadi, tempat inilah yang telah dapat mengubat diri I dari kesunyian itu. Semua memori I bersamanya I simpan di sini. Tempat ni telah menjadi pengganti buat I. You tahu kan, abang I pergi kerana akibat barah tulang dikaki. Kata doktor, penyakitnya sudah tak dapat diubati kerana serpihan kansernya telah merebak ke seluruh tulang kakinya. Tapi I hairan kenapa dia tak pernah beritahu penyakitnya pada I sehingga dia pergi meninggalkan I. I dapat tahu pasal perkara tu pun daripada emak. Sewaktu di sekolah menengah di kampung dulu, dia ditawarkan untuk menyertai skuad Selangor. Dia sanggup berulang-alik dari Terengganu ke Selangor hanya untuk memenuhi cita-citanya itu. Masa tu I masih di tingkatan empat dan hubungan kami pada masa tu adalah baik walaupun kami tidak selalu bersama kerana dia sibuk dengan latihan. Dia akan pulang ke Terengganu sekali-kala pada hujung minggu untuk jenguk mak dan ayah. Tapi yang seronoknya pada masa tu, walaupun dia sibuk, kami masih dapat bermain bola bersama-sama dipadang. Yang I masih ingat, dia mempunyai tabiat yang pelik. Tabiat yang dia selalu suka buat ialah…dia suka memandang ke arah langit sewaktu bermain bola dalam hujan. Basah kuyup kami ketika tu. Kami dikejar dan dirotan emak masa tu kerana main bola dalam hujan. Dan lepas tu dia angkat kedua-dua belah tangannya. Bila I tengok dia buat I pun ikut sama. Dan I tanya kenapa dia buat begitu, dan dia jawab..kalau kita memandang ke arah langit…dan memejamkan mata…dan lepas tu bila kita buka mata semula…semua impian kita akan tercapai. Dan bila dia bawa I ke sini melihat bintang di sini..dia juga berkata yang bahawa berjuta bintang di atas sana adalah impian kita. Kalau kita dapat menggapai bintang di atas sana bermakna kita akan dapat mencapai semua impian kita. Dan I harap I akan dapat mencapai semua impian itu nanti. Tapi..tapi yang sedihnya…dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya setelah menjuarai Piala Malaysia menentang Pahang tiga tahun lalu,” Air mata mula bergenang di kelopak mata. Jelas berbekas dipipinya. Lin cuba menenangkannya.
“Zif, tak usah diungkitkan kisah lama. I turut bersimpati di atas apa yang terjadi ke atas diri you. Kita harus redha dengan takdir. Apa yang yang perlu lakukan sekarang ni ialah you harus merancang hidup you untuk hari esok. Jangan jadikan kenangan lama terus menghantui hidup you,” sudah Lin sambil membuang jauh pandangan ke neon Kuala Lumpur itu. Aku juga turut berbuat perkara yang sama disisinya, lalu aku menyambung semula perbualan yang terputus seketika tadi.
“I masih ingat lagi sewaktu kecil dulu, I bergaduh dengan arwah abang sebab dia secara tidak sengaja membentes kaki I sehingga jatuh dan I membalas balik dengan menendang kakinya sehingga dia masuk hospital. I rasa bersalah masa tu sebab I tak tahu kaki kirinya yang I tendang tu adalah bahagian sensitifnya. Emak memarahi I masa tu kerana menendang kakinya. I betul-betul rasa bersalah masa tu. Bila I rasa bersalah I datang ke padang dan menangis seorang diri. Kenangan pahit itu masih jelas terpahat dalam ingatan dan I tak mungkin akan melupakannya sepanjang hidup I. I akan cuba untuk menebus segala kesilapan I itu dengan menjadi seorang pemain terkenal suatu hari nanti. Dan itulah yang dia mahukan dari I dan bukannya dari yang lain lagi.”
“Zif, you perlu tahu apa yang you hendak kejar tu. Adakah you bermain bola adalah untuk memenuhi impian you sendiri ataupun you bermain hanya semata-mata untuk menebus kesilapan lalu?”
“I akan tebus segalanya dengan apa cara sekalipun untuk sempurnakan impiannya itu. Tidak kira apa alasannya sekalipun, sekurang-kurangnya I tahu apa yang I cari dalam impian I itu. Bukan sahaja impian I tapi impiannya juga. Dia selalu berkata pada I yang dia nak jadi pemain bola sepak terkenal suatu hari nanti. Dia pernah bercita-cita nak jadi pemain hebat seperti Maradona bila besar nanti, tapi impiannya berkubur begitu sahaja. I masih ingat lagi janji I padanya sebelum dia pergi. I telah berjanji untuk meneruskan cita-citanya dalam bidang bola sepak. Katanya dulu, dia yakin bahawa I akan dapat mengotakan janjinya itu. Dan bila dia dah tak ada, I merasa menyesal sangat kerana tidak sempat meminta maaf di atas segala perbuatan I terhadap dia dulu. Apa yang I boleh buat lagi untuk menebus sesuatu yang kita tidak sempat lakukan pada orang yang kita dah tahu tidak akan muncul semula dalam hidup kita? Dan bila I dah berjaya menjadi pemain terkenal nanti, itulah bukti I pada dia bahawa I sebenarnya sayangkan dia. Dan I juga nak buktikan pada dia bahawa I memang seorang yang rela berkorban demi memenuhi janji-janjinya itu.”
“Dan I juga yakin bahawa impian you itu akan menjadi lebih bermakna jika you berkorban atas dasar bukan semata-mata untuk menebus kesilapan lalu,” Lin meluahkan kata-kata longgar. Aku memerhati wajahnya sekilas pandang. Topik perbualan yang terhenti itu disambung semula olehnya. “Razif, you dan I hampir sama saja. Kisah hidup kita juga sama. Ayah I juga meninggal dunia kerana diserang sakit jantung ketika sewaktu menonton perlawanan bola sepak dulu. Tahun lepas, waktu tu abang I bermain menentang pasukan yang sama dalam perlawanan Piala Malaysia. Walaupun arwah ayah tidak sempat untuk melihat abang I menjaringkan gol tunggalnya pada waktu itu, tapi abang I tetap gembira, Razif. Dia tetap gembira dalam sedihnya kerana dia beritahu pada I…sebenarnya arwah ayah telahpun dapat menunaikan janjinya untuk melihat dia menjaringkan gol terakhirnya itu. Jadi dia tidak kecewa di atas apa yang berlaku dan dengan apa yang dia telah lakukan selama ini,” Riak wajahku tiba-tiba berubah. Perasaan aku telah disuntik hairan. Aku hairan bila dia berkata begitu. Tetapi Lin tetap tenang untuk menyambungnya kata-kata itu semula walaupun dia tahu aku tidak dapat menangkap apa maksud tersiratnya itu.
“Tapi bagaimana pula dia dapat berbuat begitu sedangkan…ayah you sudah pergi waktu tu?” Julia hanya menyambut soalan aku dengan senyuman kecil terukir dibibir.
“Tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan lagi jika kita terus berpaut pada impian murni itu. Dan bila kita sudah berjaya menghampirinya, itu bermakna kita sebenarnya tidak pernah kehilangan apa-apa sekalipun termasuk janji kita kepada orang yang kita sayangi. Setiap janji yang kita lafazkan itu sebenarnya adalah lahirnya di atas segala apa yang kita percaya. Dan bila kepercayaan bertaut dihati, sesuatu yang kita anggap mustahil berlaku akan tetap hadir jua di sana,” Kata-katanya itu semakin menyentuh kalbu. Tetapi semakin jauh aku cuba ingin terokai maksudnya itu, semakin jauh pula aku terdampar di sudut hairan.
“Dan I juga ingin jadi seperti abang you yang tidak pernah sekali memungkiri janji,” sambung aku bagi melengkapkan ayatnya itu.
“Jika janji itu dipertaruhkan bersama-sama kepercayaan itu maka keajaiban akan berlaku. Jadi I tidak perlu risau tentang janji you kepada I itu kerana I tahu you percaya dengan janji yang you telah kotakan itu,” Aku tidak mahu terus mengupasnya secara lebih mendalam. Biarlah dia faham dengan maksudnya sendiri dan aku pula faham dengan interpretasi aku sendiri. Mendengarnya, ia tidak lebih daripada membuatkan aku tersenyum dengan kata-kata yang begitu menyentuh sanubari. Cukup untuk membuatkan jiwa aku tersentuh sekali lagi.
“Lin, kita juga dipertemukan dalam dua dunia yang sama. You sebagai Penolong Pegawai Belia Dan Sukan dah tentu tahu banyak selok-belok dunia sukan. Tahu buat banyak kajian tentang keperluan sukan, pengurusan sukan, sejarah sukan dan banyak memberi I dorongan serta bimbingan yang begitu berharga buat I. Tidak seperti I yang hanya tahu tendang bola, sepak bola, tanduk bola dan taktik serangan untuk kalahkan lawan. Yang I tahu kebanyakannya adalah kemahiran dan kepakaran berbanding you bidang you yang cukup luas tentang dunia sukan,”
“Itu mungkin kelebihan kita masing-masing. I akan cuba sedaya-upaya untuk curahkan segala kepakaran dan pengetahuan yang I ada dalam bidang ni pada you. Memberi kaunseling dan nasihat juga adalah sebahagian daripada kerja I. Kita ni saling memerlukan di antara satu sama lain dan tugas you pula banyak yang belum selesai. Target you bukan sahaja mencapai matlamat dalam Piala Malaysia tu, tapi dapat melebarkan sayap ke peringkat Asia. Mungkin juga di peringkat dunia sepertimana yang abang I telah lakukan. Apa-apapun you kena berbekalkan ketabahan serta kecekalan dihati,” Aku hanya melihatnya dan melepaskan senyuman. Dan buat sekian kalinya kini, aku berjanji akan dapat merealisasikan impiannya, impian arwah abang, dan yang paling penting adalah impian aku sendiri.

