UiTM Library Week & Book Fest 2008

Satu lagi acara yang penulis anggap agak membanggakan dan sebagai satu penghormatan peribadi kepada diri penulis adalah acara “Signing Book” yang diadakan khas buat saya sempena Writer Week di Majlis Perasmian Library Week & Book Fest 2008 yang berlangsung pada 25 Ogos 2008 yang lalu.

Penulis juga berkesempatan bertemu dengan penulis R. Ismaz yang menghasilkan novel Gamitan Nurani, Kembali Kembalilah, koleksi cerpen Isteri serta banyak lagi. 
Program ini diadakan sempena 51 tahun Kemerdekaan. Pesta Buku ini dibuka bukan sahaja kepada warga kampus, tetapi seluruh warga UiTM, masyarakat sekitar serta juga IPT-IPT yang berhampiran.

1 Comment »

Majlis Pelancaran Novel Piala Kehidupan

launching.jpg

 

Pertama sekali saya mengucapkan Alhamdullilah ke hadrat Ilahi dan setelah menempuhi pelbagai dugaan dan halangan akhirnya pelancaran novel yang saya nanti-nantikan berjaya dirasmikan oleh Naib Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga selaku Naib Ketua Pemuda UMNO bertempat di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang sejurus acara Kongres FAM yang ke-45 berakhir.

Pelancaran yang telah diadakan serentak dengan Anugerah Bola Sepak tersebut juga telah diperkenankan oleh Presiden FAM, Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah.

Pada asalnya, tempat pelancaran yang sepatutnya diadakan di dalam Ballroom, tetapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tempat pelancaran tersebut telah diubah ke dewan Millenium tempat berlangsungnya Kongres FAM.

Sebenarnya acara utama yang diadakan ialah sidang akhbar untuk final Piala Malaysia bagi dua pasukan yang bertanding pada sebelah malamnya iaitu Selangor dan Kedah. Anugerah Bola Sepak bagi mengiktiraf pemain-pemain, pasukan, jurulatih dan banyak lagi kategori lain yang dipertandingkan turut berlangsung sejurus sidang akhbar tersebut.

Apa-apapun, diharap kemunculan novel sulung saya ini, dapat memberi magis kepada kedua-dua pasukan yang bertanding pada malam ini. Syabas Selangor dan Kedah!

NJA

9 Comments »
keep looking »