Sebaik tamat sesi latihan di Padang Yayasan FAS petang itu, Cikgu Ismail sedang berbincang dengan ketua pasukan, Ismail Mohd Isa berhampiran dengan bangku simpanan di stadium itu. Mereka berdua kelihatan serius membincangkan sesuatu. Entah apa yang dibincangkan pun tidak tahu. Ismail cuma menjadi pendengar sahaja. Berpaut pada tiang bangku simpanan itu, Ismail sempat pula meregangkan otot-otot kakinya, sedangkan rakan-rakan sepasukannya yang lain telah lama menghilang ke bilik persalinan. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran Encik Arman yang bergegas pantas ke situ. Encik Arman adalah kawan baik Ismail sejak dibangku sekolah lagi. Berasal dari Klang, Selangor dan bersekolah di sekolah yang sama di Sekolah Menengah Seksyen 11, Shah Alam. Mereka terpisah sejak enam tahun yang lalu bila ayahnya berkahwin dengan seorang wanita berbangsa
Sebagai pengurus pasukan yang baru dalam Selangor, Encik Arman Aziz nampaknya telah menyalahgunakan sepenuh kuasanya untuk kepentingan diri-sendiri. Dengan kuasanya itu, membolehkannya melantik dan menjatuhkan mana-mana jurulatih mahupun pemain yang dikehendakinya. Dengan kuasanya itu juga dia telah melantik kawan baiknya, Ismail Zulkarnain menyandar jawatan jurulatih tersebut. Akibat terhutang budi, Cikgu Ismail terus saja menjalin hubungan baiknya dengan Encik Arman itu. Menerusi kuasanya itu jugalah yang digunakannya bagi menamatkan khidmat Irfan Radani sedikit masa lalu. Dia berbuat begitu setelah anaknya berjaya mempengaruhi ayahnya itu. Dia lebih mempercayai anaknya daripada situasi yang sebenarnya. Dan kali ini dia datang untuk berbincang dengan Cikgu Ismail berkenaan cadangannya yang tidak disambut baik. Marahnya semakin memuncak bila mengetahui rakannya sanggup tidak menurunkan anaknya, Aaron daripada bermain untuk Piala
“Hei, Mail! Kau ni kawan jenis apa ha? Kau ni kawan yang tak tahu berterima kasih! Kau sanggup tak turunkan anak aku untuk bermain? Aku berikan kau kerja ni sebab aku percayakan kau. Tapi nampaknya kau langsung tak boleh bertolak ansur!”
“Eh, apa ni
“Jangan kau buat-buat tak tahu lagi. Sanggup kau jadi kawan makan kawan, ya?” Belumpun sempat Cikgu Mail mempersilakan duduk dia terus mencantas kata-kata.
“Okey,
“Sanggup kau gadaikan hubungan kita kerana semata-mata pentingkan kejayaan? Pentingkan nama dan kuasa. Macam gitu?” vokal Encik Arman semakin tinggi dan lantang.
“Bukan begitu maksud aku. Selain kerja aku melatih pemain, aku juga bertanggungjawab untuk tentukan corak pertahanan supaya jentera pasukan kita menjadi lebih kuat dan mantap. Dan ini tidak ada kena-mengenanya dengan hubungan kita sebagai kawan lama, Man,”
“Dengar sini, Mail. Kalau kau tak nak hubungan kita berakhir kau mesti cari jalan bagaimana hendak masukkan anak aku tu. Kalau tidak kau yang akan keluar nanti. Faham?” Hembusan yang keluar daripada hidungnya menampan ke muka Cikgu Ismail sebelum dia beredar dari tempat itu. Jelas kata-kata Encik Arman kepada Cikgu Ismail itu berupa ugutan. Ugutan yang bila-bila masa sahaja boleh memusnahkan kariernya.
DI DALAM pejabat ayahnya itu, kelihatan Encik Arman sedang mengemaskan fail-failnya. Meneliti dan menyemak beberapa laporan penting. Dia perlu membuat kajian dimana kelemahan Selangor yang membenamkan skuad itu dari juara yang disegani sehingga jatuh di antara sepuluh liga terkebawah. Dia perlu membuat satu perubahan baru bagi mengubah senario pengurusan latihan dan meningkatkan persembahan permainan untuk skuad terbarunya itu. Dia menyelak-nyelak pantas sambil mendengar keluhan anaknya yang masih tidak berganjak dari pejabatnya. Dia seolah-olah sudah malas mendengar penjelasan Aaron yang sering sangat melawat pejabatnya.
“Daddy, tak boleh ke berikan saya peluang sekali ini untuk bermain? Apa guna daddy ambil saya masuk dalam pasukan ni kalau saya tak dapat bermain?” Aaron mengungkit lagi soalan yang hampir ditanya saban hari. Rasa lega bila badannya yang terbaring di atas sofa kulit itu sambil bola yang melekat ditangannya di lambung-lambungnya ke udara, dilantun-lantun pula ke dinding beberapa kali.
“Daddy baru je bersemuka dengan Cikgu Mail kau tu. Tahulah apa daddy akan buat jika dia masih tak bertindak,”
“Daddy…dia akan ikut cakap daddy jika daddy yang benarkan. Dia tak boleh buat apa-apa jika daddy yang beri lampu hijau. Daddy ada kuasa untuk buat semua tu,”
“Iya, sebab daddy ada kuasalah, sampai Irfan tu pun kena pecat dengan daddy. Itupun nyaris-nyaris daddy nak kena pecat bila FAM datang soal-siasat kita. Itupun nasib baik kalau tak kerana daddy yang cover kau dulu. Kalau tidak dah lama kau yang kena pecat. Kau nak ke bila daddy beri lampu hijau pada kau nanti, daddy pulak yang dapat lampu merah,”
“Alah, daddy ni macam dah tak boleh fikir lagi. Takkan tak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat selain letakkan saya dalam pemain simpanan?”
“Mungkin ada tapi caranya agak berisiko sedikit. Seseorang harus disingkirkan daripada skuad kita. Kita harus fikirkan semua ni sebab kita tak mampu membayar setiap pemain. FAS juga tidak mahu menanggung hutang yang begitu banyak. Mesyuarat tempoh hari sudahpun membincangkan bahawa jika kita hendak membeli pemain baru kita harus bincangkan siapa betul-betul tidak bersemangat untuk bermain sahaja yang perlu disingkirkan. Daddy boleh keluarkan
“Tapi pastikan yang daddy letakkan saya dalam posisi sayap kiri atau posisi lain yang dirasakan sesuai. Pastikan bahawa yang saya tak akan berada dalam pemain simpanan lagi,”
“Sayap kiri? Setahu daddy tak ada cadangan untuk itu kerana semua posisi tu sudahpun kukuh dengan dibarisi semua pemain yang hebat-hebat belaka. Pemain yang dah ada nama. Kita tak boleh buang mereka atas alasan tidak cekap bermain sebab mereka semua tu handal-handal,”
“Razif tu handal sangat ke? Dia dipilih tu pun sebab menumpang nama abangnya. Kalau tak kerana abangnya tu, mungkin dia dah lama terperosok kat dalam pemain simpanan tu,”
“Razif tu dulu pun dah memang asalnya daripada pemain simpanan jugak. Tak adalah macam kau yang jadi seperti pemain ‘mi segera’. Asyik nak bergantung dengan daddy je. Daddy tengok dia tu hebat jugak main bola. Kalau tak masakan takkan
“Iya ada pengalaman tapi baru setahun jagung. Itu ke yang dikatakan pengalaman? Saya nipun bila dah
“Aaron, setiap orang
“Tapi kalau saya jadi daddy dah lama saya singkirkan Razif tu!” Terhenti daripada membelek fail serentak memalingkan mukanya kepada Aaron. Dia menantikan kata-kata yang akan terpacul dari mulut Aaron itu. Walaupun cadangan itu masih tidak membolehkan dia beraksi untuk pertahanan kegemarannya itu, tetapi sekurang-kurangnya cadangan ayahnya itu tidaklah teruk sangat. Malah ia sudah cukup menggembirakan hati Aaron yang ingin melihat Razif tersingkir dari skuad itu hampir terlaksana. Tidak cukup dengan usahanya mengenepikan jurulatih, Irfan bulan lepas, dan sekarang ini Razif pula yang menjadi mangsanya. Tanpa disedari, perbualan mereka sedang didengar oleh Ismail Mohd Isa yang baru sahaja hendak masuk ke pejabat itu. Dia mengintip dari celah pintu yang terkuak sedikit. Ismail kini sudah mengetahui segala-galanya. Tidak perlu lagi dia bersusah-payah mengorek rahsia untuk mendapatkannya.


I’d have to agree with you. Which is not something I will usually do! I love reading a post that will make one think. Also, thanks for allowing me to comment!
Leave a Reply