
Pertama sekali saya mengucapkan Alhamdullilah ke hadrat Ilahi dan setelah menempuhi pelbagai dugaan dan halangan akhirnya pelancaran novel yang saya nanti-nantikan berjaya dirasmikan oleh Naib Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga selaku Naib Ketua Pemuda UMNO bertempat di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang sejurus acara Kongres FAM yang ke-45 berakhir.
Pelancaran yang telah diadakan serentak dengan Anugerah Bola Sepak tersebut juga telah diperkenankan oleh Presiden FAM, Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah.
Pada asalnya, tempat pelancaran yang sepatutnya diadakan di dalam Ballroom, tetapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tempat pelancaran tersebut telah diubah ke dewan Millenium tempat berlangsungnya Kongres FAM.
Sebenarnya acara utama yang diadakan ialah sidang akhbar untuk final Piala Malaysia bagi dua pasukan yang bertanding pada sebelah malamnya iaitu Selangor dan Kedah. Anugerah Bola Sepak bagi mengiktiraf pemain-pemain, pasukan, jurulatih dan banyak lagi kategori lain yang dipertandingkan turut berlangsung sejurus sidang akhbar tersebut.
Apa-apapun, diharap kemunculan novel sulung saya ini, dapat memberi magis kepada kedua-dua pasukan yang bertanding pada malam ini. Syabas Selangor dan Kedah!
NJA


[…] Original post by admin […]
tahniah kepada anda..=)
tahniah kepada saudara kerana berjaya menembusi pasaran penerbitan novel… saya nak tahu, siapa penerbit novel PIALA KEHIDUPAN? apapun semoga success sentiasa…
terima kasih cermin dgn komen anda
saya amat menghargainya
penerbit novel piala kehidupan ialah pekan ilmu publications sdn. bhd.
boleh saya tahu, adakah saudara/saudari juga seorang penulis?
Salam NJA,
Pertama kali tersinggah ke blog ini dan Kak DS ingin sekali mengucapkan tahniah atas kejayaanmu menghasilkan novel sedemikian rupa.
Teruskan menulis dan semoga memperolehi idea-idea hebat di masa akan datang!
Dear Nasran,
I would like to wish you congrats on the birth of your first novel, Piala Kehidupan. Tak sangka impian yg dulu di bangku sekolah menjadi kenyataan. I remembered all those times when we’re at school you like to read so much books and you made a manuscript called ” Shakespeare No Love” which is still with me. Anyway, all the best and wish we could bump again at Masjid Jamek or Jalan Sutera 10 which is just a stone’s throw away from your home.
Cheerio
Always and be taha..
hi taha,
thanks for your comment..i really appreciate that! akhirnya kawan sekolah aku jugak dulu yang bagi komen kat sini..mesti kau dah beli novel aku kan? hehe..yes of course, we could meet..and just let me know then..and you can come to my lauching for my next novel!
NJA
Tahniah untuk pelancaran novel pertama. teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
And stop using that lame leftist straw man to try to justify it. No one has told the Muslims that they can’t build a mosque. Those of us who oppose are saying “don’t do it THERE.” There are zoning ordinances across the nation that dictate where various businesses and other organizations can build. This is no different. There has already been discussion in NY about allowing this bunch to put the mosque somewhere else. But now that Obama has (again) stuck his nose in where it doesn’t belong, things are escalating out of control.
Leave a Reply