Satu lagi acara yang penulis anggap agak membanggakan dan sebagai satu penghormatan peribadi kepada diri penulis adalah acara “Signing Book” yang diadakan khas buat saya sempena Writer Week di Majlis Perasmian Library Week & Book Fest 2008 yang berlangsung pada 25 Ogos 2008 yang lalu.
Penulis juga berkesempatan bertemu dengan penulis R. Ismaz yang menghasilkan novel Gamitan Nurani, Kembali Kembalilah, koleksi cerpen Isteri serta banyak lagi.
Program ini diadakan sempena 51 tahun Kemerdekaan. Pesta Buku ini dibuka bukan sahaja kepada warga kampus, tetapi seluruh warga UiTM, masyarakat sekitar serta juga IPT-IPT yang berhampiran.


Jemput ke blog kami
Terima kasih.
Leave a Reply