Kenali lagi NJA

Nazehran Jose Ahmad atau nama sebenarnya ialah Nasran Ahmad bin Hizam dilahirkan pada 28 Januari 1980 di Kota Bahru, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sri Tebrau, Johor Bahru dan telah menamatkan pengajian dengan memperolehi Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat dari Universiti Teknologi Mara di Jengka, Pahang dari tahun 2000 hingga 2004. Kini, beliau menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Kewartawanan) di universiti yang sama di Shah Alam.

Beliau begitu minat dan cintakan bidang penulisan sejak dibangku sekolah lagi dengan memenangi beberapa pertandingan penulisan esei peringat sekolah dan daerah. Sewaktu belajar di UiTM Pahang pula beliau telah melibatkan diri dalam sidang redaksi Majalah Aktiviti Siswa Siswi (AKSIS) iaitu sebuah majalah yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebagai penulis dan antara berita yang dipaparkan adalah banyak daripada sumbangan beliau sendiri.

Novel pertama yang dihasilkan ialah Piala Kehidupan yang mengisahkan seorang pemain simpanan Selangor, Razif Rahman yang ingin mengejar impiannya dalam bidang sukan bola sepak yang ditulis sejak 1997 dan akan diterbitkan pada awal tahun 2008 terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. Manuskrip kedua pula adalah Kod Michealangelo (asalnya adalah Cinta Untuk Shakespeare) telah ditulis khas untuk menyertai Sayembara Penulisan Novel Remaja DBP 2007.

Sebarang maklumbalas kepada penulis boleh di emel ke alamat nazehranjoseahmad@yahoo.com